Malaysia
PRGX International Pte Limited, Malaysia branch (cawangan Malaysia) adalah sebuah syarikat berdaftar yang beralamat di Petaling Jaya, Selangor sejak April 1997.
Kami membekalkan servis audit pemulihan (recovery auditing service) ke atas sistem akaun payable anda. Kami meneliti rekod tahun-tahun yang lepas untuk meninjau sama ada terdapat lebih pembayaran (over-payment) atau kurang penolakan (under-deduction) terhadap akaun payable anda. Selain daripada mempertingkatkan keuntungan syarikat anda, kami juga membekalkan servis tambahan seperti penggajian dan pembaikan sistem kawalan dalaman (internal controls system) syarikat anda.
Kami beroperasi dengan cara yang unik iaitu kami tidak menuntut yuran permulaan (upfront fee) tetapi sebaliknya "Bayar atas Pencapaian"("Pay for Performance"). Kami hanya dapatkan bayaran kami dari pemulihan wang syarikat anda.
Kami mempunyai rekod yang cemerlang di mana dalam 6 tahun yang lepas sejak penubuhan kami di Malaysia, kami telah menolong pelanggan kami memulih lebih daripada 15 juta Ringgit Malaysia. Wang ini akan lesap dan pupus selama-lamanya sekiranya tiada servis audit pemulihan kami ini.
Kami mempunyai seramai 14 orang juruaudit untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami yang terdiri daripada pelbagai syarikat antarabangsa (MNCs) dan syarikat-syarikat tempatan di Malaysia. Juruaudit kami adalah berpengalaman dan telah berkhidmat lama dalam industri ini. Sebagai warganegara Malaysia, kami memahami sistem perniagaan dan kebudayaan Malaysia. Ini membolehkan kami menjalankan servis audit kami dengan lebih berkesan.
Sila hubungi kami untuk maklumat selanjutnya. Anda akan mendapat servis yang memuaskan dan memenuhi matlamat syarikat anda.
Choo Phey Sun "Sunnie" Choo- Regional General Manager
Contact
-
- Petaling Jaya
- PRGX International Pte Limited, Malaysia Branch
65-3, Block F
Zenith Corporate Park
No. 1 Jalan SS7/26, Kelana Jaya
47301 - Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
- Phone: 603-78038083
- Fax: 603-78038003

Argentina
Australia
Belgium
Brazil
Canada
China
Colombia
Denmark
Finland
France
Germany
Guatemala
Hong Kong
India
Malaysia
Mexico
New Zealand
Norway
Poland
Portugal
Singapore
Spain
Sweden
Taiwan
Thailand
The Netherlands
United Kingdom
United States