Malaysia

PRGX International PTE Limited ditubuhkan pada tahun 1997, Cawangan Malaysia menyediakan perkhidmatan audit pemulihan dan jaminan transaksi berasaskan keputusan untuk syarikat ternama di Malaysia, Singapura dan Indonesia. PRGX adalah pelopor audit pemulihan sejak lebih dari 40 tahun yang lalu. Kami menyari data perolehan bayaran untuk mengesan keuntungan yang tercicir akibat  terlebih bayaran, bayaran berganda dan selisih pematuhan terhadap terma dan syarat kontrak rundingan. Setelah itu, kami  bekerjasama dengan vendor yang mewakili organisasi anda untuk memperolehi semula jumlah tertunggak tersebut.

Kami memiliki lebih daripada 350 klien yang merangkumi pelbagai sektor dan saiz syarikat. Kakitangan profesional kami berpengalaman mengendali kesemua jenis syarat ERP dan struktur organisasi serta mengenal pasti dan memanipulasikan fail data yang diperlukan dengan pantas dan berkesan tanpa mengetepikan dasar dan garis panduan setiap klien.

Kami menggunakan perisian proprietari dan teknik audit yang diiktiraf. Para juruaudit kami akan mengkaji akaun belum bayar dan  data yang diperolehi  serta invois, pesanan belian, surat-menyurat pembeli dan dokumen penghantaran/penerimaan yang berkaitan untuk mengenal pasti keuntungan yang tercicir disebabkan lebih bayaran atau potongan terkurang. Matlamat kami adalah untuk memulihkan kembali keuntungan ini dengan cepat dan cekap selain dari membantu klien  membaiki proses dan mengurangkan kos  tanpa mengabaikan amalan dan peraturan akaun.

PRGX International PTE Limited, cawangan Malaysia adalah bahagian PRGX Global, Inc., menerajui  dunia dalam audit pemulihan dan pelopor Pencarian Keuntungan™: suatu gabungan perkhidmatan audit, analitis dan penasihat yang unik untuk meningkatkan prestasi kewangan klien.

HAVE QUESTIONS?

CONTACT US

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

CONTACT INFORMATION

PRGX Global, Inc.

ADDRESS
600 Galleria Parkway, Suite 100, Atlanta, GA 30339
PHONE
1-888-799-7976